Sunday, August 24, 2008

KENALI SAYA

KENALI SAYA

Merupakan Pengurus Besar ADNIN. Berpengalaman lebih 10 tahun. Juga dikenali sebagai Ust. Akhwan Afandi Bin Zulkifli. Beliau telah menceburi bidang Motivasi secara aktif sejak dari tahun 1996 semasa memegang jawatan NYDP UiTM di bangku Universiti lagi. Menimba ilmu dan pengalaman selama 2 tahun di dalam bidang agama semasa beliau belajar di pondok Al-Quran di Tg. Bedil, Alor Setar, Kedah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ahmad Pekan dan Sekolah Menengah Tengku Abdullah sehingga tingkatan 3. Kemudian menyambung pelajaran di SMT Alor Akar Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Selepas tamat SPM beliau menyambung pengajian di POLIMAS, Kedah dalam jurusan Ukur Bahan dan menimba pengalaman bekerja selama 1 tahun di Syarikat Berjaya Bina sebagai Pembantu Jurukur Bahan pada tahun 1996.

Kemudian menyambung pelajaran di UiTM Seri Iskandar juga di bidang Kejuruteraan Awam dalam jurusan Ukur Bahan di Fakulti Senibina & Perancng Ukur

Bidang Perniagaan

Menubuhkan Afandi Food Industries iaitu industri memproses makanan segera, menjadi Pengurus Besar ADNIN Management & Training Centre, Pusat Tuisyen ADNIN dan Kelas Al Quran & Fardhu Ain.

PENGALAMAN BIDANG PENDIDIKAN
Mengajar Kelas Al Quran & Fardhu Ain
Mengajar M/P Sains SMKIM 2 ( 2 tahun )
Mengajar / Ceramah Masjid-masjid
Berceramah ke Jabatan-jabatan

PENGALAMAN MENARIK
SEJARAH KESIHATAN
Pernah mengidap penyakit alahan yang kritikal terhadap cahaya, habuk, panas, cuaca, angin pada mata sejak berumur 2 tahun sehinggalah berumur 24 tahun. Namun walaupun terpaksa dipimpin untuk ke sekolah semangatnya inginkan kejayaan membantu beliau berjaya sehingga menjejakkan kaki ke menara gading.
Pernah dijemput berceramah di Dewan Gereja di Sabah dengan sambutan yang menggalakkan